Skip to main content

BENGKEL PENULISAN KREATIF BERSAMA AIMAN AZLAN

Assalamualaikum W.B.T..
Rasanya  dah terlalu lama tak menjengah blog saya ni. Mungkin sibuk. (ermm..mungkin la). Dan mungkin juga malas(alasan ni pasti!) .  Hahaha. Sebenarnya banyak perkara yang ingin dikongsikan kepada pembaca blog su(ada ke yang membaca??), tapi tulah, banyak faktor yang mengganggu lagi- lagilah sekarang musim semester akhir..yang FYP, assignment lagi..hahahha..alasan tu semua..

Sebenarnya,entri yang saya buat ni sbb nak menceritakan satu program yang yg saya sertai. Al maklumlah, dah nak habis ni..lepas ni dah x duduk kat university lagi. Program tersebut adalah program bengkel penulisan kreatif bersama Aiman Azlan!!

Beberapa hari sebelum tu, saya adalah kecoh2 kat hostel cakap Aiman Azlan nak datang dan akhirnya ada geng nak pergi sekali..hahahha..suka x terkata(mata bercahaya) sebab sebelum ni saya selalu baca blog beliau and tgk vlog beliau dan sekarang saya boleh mendengar input2 berguna secara live..hahah(gelak lagi).

Dalam bengkel tu ada dihuraikan tentang sedikit sebanyak perkara dalam bidang penulisan dan cara macam mana kita nak dapat idea menulis. Antara yang sempat saya tulis beberapa perkara adalah:
  1. Aktifkan minda kita. Gunakan minda kita ini kalau tak kita akan kehilangan.
  2. Jangan pernah merendahkan(underestimate) diri kita
  3. If  you don’t have an idea, write about it( I like this.. :D)
  4. Put the fingerprint in writing. Cari identiti sendiri di dalam penulisan kita.
  5. Learn to accept criticsm
  6. Filter it out the idea
  7. It’s ok to make mistake and learn from that mistake
  8. Cara menulis Aiman Azlan.
  9. Setiap idea yang terlintas dalam fikiran kita. Tuliskan dalam nota, laptop.
  10. Comfortable to share.
  11. Bila public speaking, jangan nampakkan pada orang yang kita nervous
  12. Kita boleh pencilkan diri kita untuk mendapatkan idea
  13. Publish your idea.

Tu adalah antara yang dapat saya tulis dan sebenarnya banyak lagi ilmu yang dapat saya perolehi dan merupakan satu peluang yang baik untuk siapa yang suka dalam bidang penulisan. Saya memang sangat berterima kasih kepada UMT sebab mendatangkan Aiman Azlan ke sini dan gaya penyampaian beliau yang santai memang sangat best!! Dan yang paling penting saya rasa saya dah dapat satu inspirasi untuk lebih berjaya dalam setiap bidang yang saya ceburi.



 p/s: next post: Entri forum with Diana Amir :D
 

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA AHLI KUMPULAN 2PM

assalamualaikum...korg sehat x ??/ hari ni mood korea aku dah dtg..hahha..beast aku dah cer..u-kiss aku dah cer..la ni aku nak knlkan korg dgn aku punye favourite boy group korea..nak tau??mereka adalah 2PM!!!..argh...bile dieorg nak datang malaysia erk..harap2 dapat pergi..hahha baru2 ni dieorg tgh promosikan album baru die dgn lagu single dieorg iaitu HAND UP..lagu tu sgt best.

OST Memories Of The Alhambra (MV Ailee - Is You)

JOM BACA BUKU BINIKU NINJA!!

Assalamualaikum semua Memandangkan harini adalah hari cuti, jadi aku pun berhasrat untuk membuat entri sekerap yang mungkin. Huhuhu. Ok untuk cerita pada kali ini adalah cerita tentang buku. Nak dikatan aku ni seorang pembaca buku tegar tak la jugak sebab buku aku pun banyak yang berhabuk tu..huhu. Tapi boleh lah nak dikirakan selalu jugak baca buku. buku yang paling terbaru aku baca adalah buku BINIKU NINJA. Hah..ada sapa yang dah baca belum?? Kalau nak tahu buku ni adalah buku karya seorang traveler yang diberi nama AZLAN ANDI.  Buku ini mengisahkan perjalan hidup dia bersama isterinya yang dinikahi dengan hanya 3 minggu sahaja selepas perkenalan mereka. Nak jadi cerita mereka berdua ni bercinta selepas nikah la. Nampak Sweet kan?? Mungkin ramai yang mengatakan sungguh tipikal seseorang yang bernama Suhaila ni. Tapi takpe sebab aku sememangnya begitu. Lagipun buku ni bukan menceritakan kisah couple yang belum ada apa2 ikatan. Buku ini mengisahkan cerita penyatuan du