Skip to main content

BANJIR + KONVOKESYEN UMT: 30 NOV 2014




ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama tak berblogging, harini memang feeling habis nak menulis..hahha..nak tahu sebab apa?? awat la hang x baca tajuk entri ni?? pasai tu la cheq semangat nak menulis ni!! hahha

Sememangnya bila berbicara pasal konvokesyen, sememangnya aku adalah orang yang teruja dan gembira..yela, mana taknya gembira pulun habis tiga tahun kot semata2 nak dapatkan segulung ijazah sarjana muda. Maunye tak happy (melompat2 depan laptop). walaupun aku bukan la pemegang siswazah kelas pertama tapi aku gembira sebab aku bergraduasi dengan 3.0 keatas. Tapi dalam gembira-gembira aku tetap ada sekelumit perasaan nak dapat pakai selempang emas time konvo nanti. Tapi nak buat camna Suhaila, kau x belajar betul2..hahah. Ralat memang ada tapi aku anggap ni sebagai satu permulaan untuk sebuah kehidupan yang lebih baik. Asalkan aku positif dan berusaha dengan lebih gigih untuk cari pekerjaan yang baik, aku yakin pointer bukan penghalang untuk kita capai apa yang kita mahukan dalam hidup ni!! (Ni Semangat yang kita mahu!!).

Memandangkan aku sangat gembira sebab nak konvo, jadi aku sangat pelik kalau ada yang tak gembira bahkan langsung taknak pergi majlis konvo tu. KENAPA? KENAPA? KENAPA?
Kalau sebab kekurangan duit untuk bayar duit konvo aku boleh pertimbangkan lagi. Tapi ada alasan yang tak tercapai di akal ku seperti:


  • Takda high heel nak pakai!! xnak pergi konvo!
  • Baju tak habis pilih la..semua macam tak lawa je..malas la nak konvo..
  • Membazir je gi Konvo..nak amik sijil je pun..
Hmmm..aku memang tak habis fikir. Sapa yang tak nak bergaya time konvo kan..Aku pun nak..tapi berpada-pada la..Jangan disebabkan kehendak kita yang tak dapat dipenuhi, kita tak pergi majlis. Mula-mula aku pun decide nak buat baju untuk konvo aku, tapi memandangkan duit gaji aku masuk seciput je sebab masuk keje pertengahan bulan dan aku malas nak mencelarukan kepala aku, jadi aku putuskan aku pakai je baju raya aku..hahah.. ok what?? tak payah nak pening-pening. Bak kata orang kalau dah cantik, pakai baju buruk camna pun tetap cantik. hahha. 

Kepada sesiapa yang rasa membazir tu, aku pun tak tahu nak cakap apa. tak mau komen. Tu semua pendapat masing-masing. Cuma bagi aku apalah salah kita meraikan satu hari yang mana kita dapat anugerah diatas titik peluh kita belajar selama beberapa tahun. kalau disebabkan taknak pergi sebab pointer rendah, apa yang kita perlu buat adalah muhasabah diri kita dan bersikap positif. Janganlah mudah mengalah dan berputus harapan sebab kita kena ingat kegagalan tu adalah SATU KEJAYAAN YANG TERTUNDA. 

Bercerita jugak pasal konvo diTerengganu ni. Aku pun sempat la tengok gambar2 kat laman sosial yang mana UMT mengalami banjir yang sangat teruk. Dekat bawah ni antara gambar yang aku ambil daripada beberapa pelajar umt.



 

memang agak teruk berbanding sebelum2 ni. Tapi alhamdulillah, banjir dah semakin surut kat UMT dan aku harap Konvokesyen UMT 2014 tak ditunda..hahhahah
Ok lah..sampai disini saja aku berceloteh panjang. InsyaAllah kalau aku ada rezeki aku bercerita pasal kerja part time aku pulak.. K bye.. Assalamualaikum
JOM KONGSI DI FACEBOOK

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA AHLI KUMPULAN 2PM

assalamualaikum...korg sehat x ??/ hari ni mood korea aku dah dtg..hahha..beast aku dah cer..u-kiss aku dah cer..la ni aku nak knlkan korg dgn aku punye favourite boy group korea..nak tau??mereka adalah 2PM!!!..argh...bile dieorg nak datang malaysia erk..harap2 dapat pergi..hahha baru2 ni dieorg tgh promosikan album baru die dgn lagu single dieorg iaitu HAND UP..lagu tu sgt best.

OST Memories Of The Alhambra (MV Ailee - Is You)

JOM BACA BUKU BINIKU NINJA!!

Assalamualaikum semua Memandangkan harini adalah hari cuti, jadi aku pun berhasrat untuk membuat entri sekerap yang mungkin. Huhuhu. Ok untuk cerita pada kali ini adalah cerita tentang buku. Nak dikatan aku ni seorang pembaca buku tegar tak la jugak sebab buku aku pun banyak yang berhabuk tu..huhu. Tapi boleh lah nak dikirakan selalu jugak baca buku. buku yang paling terbaru aku baca adalah buku BINIKU NINJA. Hah..ada sapa yang dah baca belum?? Kalau nak tahu buku ni adalah buku karya seorang traveler yang diberi nama AZLAN ANDI.  Buku ini mengisahkan perjalan hidup dia bersama isterinya yang dinikahi dengan hanya 3 minggu sahaja selepas perkenalan mereka. Nak jadi cerita mereka berdua ni bercinta selepas nikah la. Nampak Sweet kan?? Mungkin ramai yang mengatakan sungguh tipikal seseorang yang bernama Suhaila ni. Tapi takpe sebab aku sememangnya begitu. Lagipun buku ni bukan menceritakan kisah couple yang belum ada apa2 ikatan. Buku ini mengisahkan cerita penyatuan du