Skip to main content

REVIEW MOVIE ALIF DALAM 7 DIMENSI


ASSALAMUALAIKUM

Hai semua pembaca2 blog Suhaila Sellaginella ni. Sekian lama menyepi menulis blog, akhirnya saya kembali menulis. Al maklumlah malas yang suka melekat kat dalam diri ni. HA HA HA

Ha. Malas nak berceloteh panjang, kita terus pada tajuk entri kita hari ni. Korang dah tengok ke belum movie Alif dalam 7 dimensi???



     Hmm.. tahu dah mentaliti rakyat Malaysia ni, kalau cerita melayu semua nak tengok bila dah masuk dalam tv. Katanya membazir duit kalau tengok kat wayang. Tapi aku bukan 'typical malay' yang macam tu. Aku tengok je cerita melayu, english, cina, tamil. Belum tengok belum tahu ye dak??

    Dan nak dijadikan cerita, aku pun pergilah ke TGV Mines(tempat kerja lama yg banyak menggamit memori). Aku pun pergilah ke kaunter dan tanya pasal Alif dalam 7 dimensi ni la. Ade yang cakap ceritanya best. Ada pulak cakap jenis cerita hantu kelakar. Aku pun tengok la seat mana yang aku nak duduk. Mak ai!! penuh lahai!!.. Nasiblah ade lagi s
seat. Memandangkan aku memang nak duduk twin seat, jadi aku pun belilah twin seat.

     Mungkin ni filem terbitan Astro Shaw, jadi andaian aku mungkin orang ramai memang menantikan cerita ni sebab sambutan filem terbitan Astro Shaw yang lepas iaitu Polis Evo sangat2 la memberangsangkan dan jalan cerita pun best.

          Setelah lebih kurang dua jam aku duduk dalam panggung wayang tu, keseluruhannya cerita Alif dalam 7 dimensi tu best, kelakar, dan sesuai untuk tontonan sekeluarga. 
4 star saya bagi

       Mungkin disebabkan aku ni memang seseorang yang senang nak gelak kalau orang buat kelakar, jadi cerita ni memang buat aku ketawa terbahak2 la. Ha ha ha ha.. Mula-mula aku ingat cerita ni cerita yang gila2 seram sebab tengok trailer die Izzue Islam punya mata jadi hitam(wuu gila seram)


         Korang kalau yang berkesempatan tu pergilah tengok, sokong cerita melayu sikit. Sapa lagi yang nak sokong kalau bukan kita. Betul x?. K la tu sahaja. Gerak dulu. Pape Roger. Assalamualaikum.

SINOPSIS ALIF DALAM 7 DIMENSI

         Alif (Izzue Islam) merupakan seorang pelajar kolej yang mempunyai saka yang diwarisi oleh ayahnya. Alif terpaksa menjauhkan diri daripada rakan-rakan sekolejnya supaya rahsia dia mempunyai saka tidak diketahui oleh orang lain. Naim( Alif Satar) merupakan rakan sebilik kepada Alif merupakan seorang yang kelakar dan mempunyai minat dan hobi mencari hantu. Setiap malam Naim akan keluar bilik untuk membantu seorang rakannya Anna(Juliana Evans) untuk mencari entiti paranormal bagi melengkapkan thesisnya. Naim yang tahu Aliff mempunyai kuasa untuk melihat entiti yang tidak dapat dilihat pada mata kasar berusaha menyakinkan Aliff untuk membantu mereka menyelesaikan misi mereka. Namun, tanpa diketahui oleh Alif, semakin banyak kuasa yang digunakan semakin kuat kuasa saka yang berada didalam dirinya dan dia tidak akan mampu mengawalnya. Apakah kesudahannya?? Jom saksikan Di pawagam..hehehe
 

Comments

Popular posts from this blog

OST Memories Of The Alhambra (MV Ailee - Is You)

BIODATA AHLI KUMPULAN 2PM

assalamualaikum...korg sehat x ??/ hari ni mood korea aku dah dtg..hahha..beast aku dah cer..u-kiss aku dah cer..la ni aku nak knlkan korg dgn aku punye favourite boy group korea..nak tau??mereka adalah 2PM!!!..argh...bile dieorg nak datang malaysia erk..harap2 dapat pergi..hahha baru2 ni dieorg tgh promosikan album baru die dgn lagu single dieorg iaitu HAND UP..lagu tu sgt best.

JOM BACA BUKU BINIKU NINJA!!

Assalamualaikum semua Memandangkan harini adalah hari cuti, jadi aku pun berhasrat untuk membuat entri sekerap yang mungkin. Huhuhu. Ok untuk cerita pada kali ini adalah cerita tentang buku. Nak dikatan aku ni seorang pembaca buku tegar tak la jugak sebab buku aku pun banyak yang berhabuk tu..huhu. Tapi boleh lah nak dikirakan selalu jugak baca buku. buku yang paling terbaru aku baca adalah buku BINIKU NINJA. Hah..ada sapa yang dah baca belum?? Kalau nak tahu buku ni adalah buku karya seorang traveler yang diberi nama AZLAN ANDI.  Buku ini mengisahkan perjalan hidup dia bersama isterinya yang dinikahi dengan hanya 3 minggu sahaja selepas perkenalan mereka. Nak jadi cerita mereka berdua ni bercinta selepas nikah la. Nampak Sweet kan?? Mungkin ramai yang mengatakan sungguh tipikal seseorang yang bernama Suhaila ni. Tapi takpe sebab aku sememangnya begitu. Lagipun buku ni bukan menceritakan kisah couple yang belum ada apa2 ikatan. Buku ini mengisahkan cerita penyatuan du